MOVING BANNER

DISCOUNT 0.5% FOR DINAR & DIRHAM PRODUCTS>>>>>CHECKOUT "OFFER OF THE WEEK" FOR HUGE BARGAIN >>>>> START INVEST IN GOLD NOW AS LOW AS RM200 >>>>> NEW PRODUCTS - SILVER BAR 50GM & 100GM >>>>> CONTACT MOHD ROES 018-2421753 YOUR GOLD & SILVER CONSULTANT.....
Showing posts with label Simpan emas. Show all posts
Showing posts with label Simpan emas. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Noble metal (logam berharga)

Noble metal atau logam berharga adalah emas, perak, dan kumpulan platinum (platinum, palladium, rhodium, iridium, osmium, dan ruthenium). Logam-logam ini sangat berharga kerana kesemuanya resistan (kalis) terhadap kakisan serta karat dan sifat kimianya yang stabil. Secara kimianya, logam berharga mempunyai kereaktifan yang rendah berbanding elemen lain, mempunyai kilauan (luster) dan takat lebur yang tinggi. Logam berharga juga sangat jarang dijumpai dan mempunyai harga yang mahal. Kini logam berharga merupakan komoditi yang mempunyai nilai dalam simpanan dan industri. Pada hari ini, uranium dan plutonium juga tergolong dalam kumpulan logam berharga terutama sekali bagi negara yang mempunyai kuasa nuklear.

Secara umumnya, logam yang berharga mempunyai ciri-ciri berikut:
Plastik - logam berharga yang mempunyai sifat plastik boleh ditarik menjadi panjang (plastic elongation) tanpa sebarang kesan retakan.
Malleable (mulur) - logam berharga boleh tempa, dipadukan, dicairkan dan digulung.
Ductile (boleh tempa) - logam berharga boleh dibengkok, direnggang, dan di tarik dengan mudah (seperti plastik) dengan ciri-ciri keliatan (tidak mudah patah).

Permintaan terhadap logam berharga ini semakin bertambah kerana nilainya yang tinggi untuk kegunaan industri mahupun perhiasan selain daripada menjadi simpanan. Untuk maklumat lanjut mengenai harga emas, sila rujuk Bank Negara Malaysia. Harga platinum menjangkau dua kali harga emas, manakala harga palladium adalah separuh dari harga emas. Perak merupakan logam berharga yang paling murah dengan harga 1/49 dari harga emas.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, logam akan menjadi berharga jika ia jarang dijumpai. Penemuan sumber baru yang banyak seperti pembukaan lombong dan peningkatan teknologi di dalam proses pengeluaran logam dari bijih asalnya yang menjadi semakin mudah menjadikan nilai logam boleh menjadi susut.

Satu perkara yang menarik berkenaan dengan alumunium yang dahulunya dianggap sebagai logam yang berharga. Walaupun alumunium merupakan logam yang sangat banyak didapati dalam kerak bumi, manusia dahulunya tidak tahu bagaimana hendak mengekstrak alumunium daripada bijih asalnya. Ini menjadikan alumunium mempunyai nilai melebihi emas. Bar alumunium yang terdapat dalam muzium di Perancis dahulunya diletakkan bersama mahkota pada zaman Napolean III, 1855. Malah pada zaman pemerintahannya, beliau menghidangkan tetamu kehormatnya dengan pinggan mangkuk yang diperbuat dari alumunium. Walaubagaimanapun, apabila proses Hall-Heroult bagi megekstrak alumunium ditemui pada 1886, harga alumunium jatuh mendadak di pasaran.

Pada masa hadapan, perak dijangka menjadi logam yang jarang ditemui kerana permintaannya kini telah melebihi penawaran dalam pasaran. Lebih daripada 300 juta troy ounce (kira-kira 9 juta kilogram atau 9,000 tan) perak digunakan dimana jumlah ini sudah melebihi dari pengeluaran dan penggunaannya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Nota: 1 troy once ialah 31.1035 gram.

Logam asas dan logam ringan

Logam asas (base metal) terdiri dari logam-logam yang terdapat banyak di permukaan dan dalam kerak bumi. Ini termasuklah aluminium, kuprum (tembaga), plumbum, merkuri (raksa), nikel, timah (kasiterit), dan zink. Logam ringan pula terdiri dari alumunium, magnesium dan titanium. Walaubagaimanapun, logam asas kini telah mencecah harga yang tinggi. Tembaga contohnya mempunyai harga 4 kali ganda lebih tinggi berbanding 3 tahun lepas. Harga nikel juga semakin naik kerana terdapat permintaan pasaran yang kini telah melebihi kapasiti pengeluaran.

Aloi

Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan lemah. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik. Contoh-contoh aloi adalah keluli (besi dan karbon), loyang (tembaga dan timah), dan duralumin (aluminium dan tembaga).

Emas juga dialoi dengan logam lain seperti perak dan tembaga bagi menambahkan kekerasan dan memberi nilai karat seperti 22k, 18k, 14k, 10k, 9k, dan suasa. Semakin rendah nilai karat, semakin banyak logam lain yang ditambah bagi membentuk aloi emas. Emas putih pula dibentuk dengan mengaloikan emas dengan logam seperti platinum, palladium, nikel, perak, iridium, osmium, dan pelbagai lagi. Sama seperti emas yang berwarna kuning, emas putih juga mempunyai nilai karat yang berbeza-beza.

Secara tradisional, logam mempunyai sifat-sifat fizikal tertentu: Ia biasanya berkilau, mempunyai ketumpatan tinggi, adalah mulur dan mudah ditempa, biasanya mempunyai titik lebur yang tinggi, biasanya keras serta dapat mengalirkan elektrik dan haba. Akan tetapi ini sebahagian besarnya kerana logam-logam yang mempunyai ketumpatan rendah, lembut dan mempunyai titik lebur rendah adalah juga reaktif, dan kita jarang sekali menemui logam-logam jenis ini dalam bentuk unsur kelogamannya.
Sumber: Nusantara Heritage

Saturday, February 1, 2014

LOMBONG EMAS PENJOM, KUALA LIPIS

Lombong emas ini terletak berhampiran dengan Bandar Kuala Lipis.  Lombong ini masih lagi beroperasi dan dilaporkan masih mempunyai simpanan emas yang banyak.  Ahli geologi di sini (ex-UKM) sedang giat menjalankan penyiasatan untuk mencari  longgokan emas yang baru.

Batuan di kawasan ini terdiri dari syal, kuartzit, konglomerat, tuff, dan daik aplit.  Emas yang terdapat di kawasan ini adalah berasosiasi dengan telerang kuarza yang juga turut berasosiasi dengan trend sesar yang terdapat di kawasan ini. 

 Foto 1: Spesimen emas yang mengisi rekahan dalam telerang kuarza.

 Foto 2: Pemandangan lombong dedah di Penjom Gold Mine.

 Foto 3: Sesar normal yang memotong dan mengerakkan lapisan batuan (warna cerah)

Foto 4: Terowong yang dibina bagi mendapatkan emas

Dipetik dari http://www.ukm.my/

Wednesday, January 1, 2014

SOAL JAWAB – PANDANGAN ISLAM BERKENAAN MEMBELI EMAS DENGAN CARA BERHUTANG.

Haruskah Jualan Tunai Lebih Murah Dari Tangguh?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
(artikel ini adalah petikan dari salah satu dari buku baru ilmiah saya (Zaharuddin Abd Rahman) yang sedang dalam proses penerbitannya bertajuk Murabahah, Teori, Aplikasi dan Isu)
Timbul satu persoalan iaitu bagaimana jika harga bayaran secara tunai sebagai contoh RM 1000, tetapi jika dibayar secara tangguh menggunakan kontrak Murabahah tetapi dibayar melalui konsep bayaran tangguh (Murabahah wa muajjal), harganya meningkat kepada RM 1500. Adakah ia halal?
Perlu diingat pembayaran bagi kontrak Murabahah boleh dibuat secara tunai atau bertangguh. Dalam praktis bank-bank Islam kontemporari kebiasaan pelanggan dibenarkan membayar secara ansuran dalam satu tempoh waktu. Namun demikian jika di awal kontrak Murabahah, pelanggan memilih kemudahan ini, harga aset yang dijual oleh bank secara Murabahah akan dinaikkan.
Hukum
Para ulama berbeza pendapat dalam hal ini, minoritinya mengatakannya haram manakala majoriti ulama silam termasuk keempat-empat mazhab dan ulama kontemporari berpandangan ianya harus.
Disebut oleh ulama Hanafi :
الثمن قد يزاد لمكان الأجل
Erti : Harga berkemungkinan dinaikan disebabkan penangguhan (bayarannya). [1]
Ulama mazhab Maliki pula berkata :
جَعل للزمان مقدار من الثمن
Erti : Penangguhan kerana untuk tempoh masa mempunyai nilai kadar nilai di dalam harga. [2]
Kenyataan dari ulama mazhab Syafie :
الخمسة نقداً تساوي ستة نسيئة
Ertinya : Lima jika dibayar secara tunai, bersamaan dengan enam jika dibayar secara tangguh. [3]
Manakala disebut oleh ulama mazhab Hanbali :
الأجل يأخذ قسطاً من الثمن
Erti : Tempoh boleh mengambil sebahagian dari harga [4]
Antara dalil paling mudah untuk menyokong pendapat ini adalah keharusa jualan secara as-Salam.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَهُمْ يُسْلِفُونَ بِالتَّمْرِ السَّنَتَيْنِ وَالثَّلَاثَ فَقَالَ : مَنْ أَسْلَفَ فِي شَيْءٍ فَفِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ ، وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ، إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ .
Ertinya : Nabi s.a.w sampai ke Madinah dan peneduduk Madinah membeli (menempah) tangguh tamar yang hanya akan diserahkan dalam tempoh dua tahun dan tiga. Lalu Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang ingin membeli secara tangguh (serahan barang iaitu belian as-Salam) hendaklah ia dilakukan atas barang yang diketahui, timbangan yang diketahui dan tempoh yang diketahui”(Riwayat Al-Bukhari, no 2086)
Jualan secara As-Salam harus secara nas dan ijma’, manakala para ulama menyatakan dari hikmah keharusannya adalah pembeli dapat mendapat manfaat dari harga yang lebih murah, manakal penjual pula menikmati bayaran segera. Disebutkan oleh Ibn Qudamah :-
وهذا دليل على أن للأجل في البيع نصيباً من الثمن. وأن هذا لا بأس به في البيوع
Erti : Inilah dail bahawa tempoh waktu dalam jual beli mempunyai bahagian dalam harga, ia tidak mengapa kerana ia didasari oleh aqad jual beli. [5]
Kesimpulannya, disebabkan tempoh masa yang perlu ditunggu oleh pihak penjual dan risiko yang terdedah ke atasnya, perbezaan harga ini dianggap sebagai halal dengan syarat ia telah dipersetujui di awal aqad dan tidak lagi berubah selepas itu. Kenaikan harga akibat tempoh ini dianggap halal oleh majoriti mazhab dan ulama. Inilah bentuk ‘time value of money’ yang diiktiraf sebagai halal oleh Islam kerana ia didasari oleh jual beli sebenar dan bukannya aqad qardh iaitu pinjaman atau hutang.
Sheikh Taqi Uthmani membidas mereka yang menyamakan perbezaan penentuan harga ini sama seperti riba dengan kata beliau :-
This arguement is again based on the minsconception that whenever price is increased taking the time of payment into consideration, the trasaction comes within the ambit of interest. This presumption is not correct. Any excess amount charged against late payment is riba only where the subject matter is money on both sides. But if a commodity is sold in exchange of money, the seller when fixing the price may take into consideration different factors, including the time of payment…time of payment may act as an ancillary factor to determine the price of a commodity.
Erti : pertikaian ini sekali lagi disebabkan oleh salah faham bahawa setiap kenaikan harga disebabkan oleh masa akan jatuh dalam kategori Riba. Keismpulan ini adalah silap. Setaip kenaikan yang disebabkan kelewatan bayaran hanya akan menjadi riba apabila kedua-dua belah pihak berurusan adalah wang, tetapi jika komoditi atau aset dijual berbalas wang, penjual mempunyai kebebasan untuk menentukan harganya dan dibenarkan juga mengambil kira pelbagai faktor termasuk masa pembayaran…masa pembayaran boleh dijadikan faktor penentu bagi ketetapan harga komoditi” [6]

Sumber dari www.zaharuddin.net

Sunday, July 1, 2012

Why Holding Gold in Your Portfolio Isn't Advisable... It's a Must

15 Fundamental Reasons to Own Gold

1. Global Currency Debasement
The U.S. dollar is fundamentally and technically very weak and should fall dramatically over the next few years. However, other countries are very reluctant to see their currencies appreciate and are resisting the fall of the U.S. dollar. Thus, we are in the early stages of a massive global currency debasement which will see tangibles, and most particularly gold, rise significantly in price.

2. Rising Investment Demand
When the crowd recognizes what is unfolding, they will seek an alternative to paper currencies and financial assets and this will create an enormous investment demand for gold. Own both the physical metal and select mining shares.

3. Alarming Financial Deterioration in the U.S.
In the space of two years, the federal government budget surplus has been transformed into a yawning deficit, which will persist as far as the eye can see. At the same time, the current account deficit has reached levels, which has portended currency collapse in virtually every other instance in history.

4. Negative Real Interest Rates in Reserve Currency (U.S. Dollar)
To combat the deteriorating financial conditions in the U.S., interest rates have been dropped to rock bottom levels, real interest rates are now negative and, according to statements from the Fed spokesmen, are expected to remain so for some time. There has been a very strong historical relationship between negative real interest rates and stronger gold prices.

5. Dramatic Increases in Money Supply in the US and Other Nations
Authorities are terrified about the prospects for deflation given the unprecedented debt burden at all levels of society in the U.S. Fed Governor Ben Bernanke is on record as saying the Fed has a printing press and will use it to combat deflation if necessary. Other nations are following in the U.S.'s footsteps and global money supply is accelerating. This is very gold friendly.

6. Existence of a Huge and Growing Gap between Mine Supply and Traditional Demand
Mined gold is roughly 2,500 tons per year and traditional demand (jewelry, industrial users, etc.) has exceeded this by a considerable margin for a number of years. Some of this gap has been filled by recycled scrap but central bank gold has been the primary source of above-ground supply.

7. Mine Supply is Anticipated to Decline in the next Three to Four Years.
Even if traditional demand continues to erode due to ongoing worldwide economic weakness, the supply/demand imbalance is expected to persist due to a decline in mine supply. Mine supply will contract in the next several years, irrespective of gold prices, due to a dearth of exploration in the post Bre-X era, a shift away from high grading which was necessary for survival in the sub-economic gold price environment of the past five years and the natural exhaustion of existing mines.

8. Large Short Positions
To fill the gap between mine supply and demand, Central Bank gold has been mobilized primarily through the leasing mechanism, which facilitated producer hedging and financial speculation. Strong evidence suggests that between 10,000 and 16,000 tons (30-50% of all Central Bank gold) is currently in the market. This is owed to the Central Banks by the bullion banks, which are the counter party in the transactions.

9. Low Interest Rates Discourage Hedging
Rates are low and falling. With low rates, there isn't sufficient contango to create higher prices in the out years. Thus there is little incentive to hedge and gold producers are not only not hedging, they are reducing their existing hedge positions, thus removing gold from the market.

10. Rising Gold Prices and Low Interest Rates Discourage Financial Speculation on the Short Side.
When gold prices were continuously falling and financial speculators could access Central Bank gold at a minimal leasing rate (0.5 - 1% per year), sell it and reinvest the proceeds in a high yielding bond or Treasury bill, the trade was viewed as a lay-up. Everyone did it and now there are numerous stale short positions. However, these trades now make no sense with a rising gold price and declining interest rates.

11. The Central Banks are Nearing an Inflection Point when they will be Reluctant to Provide more Gold to the Market.
The Central Banks have supplied too much already via the leasing mechanism. In addition, Far Eastern Central Banks who are accumulating enormous quantities of U.S. Dollars are rumored to be buyers of gold to diversify away from the U.S. Dollar.

12. Gold is Increasing in Popularity
Gold is seen in a much more positive light in countries beginning to come to the forefront on the world scene. Prominent developing countries such as China, India and Russia have been accumulating gold. In fact, China with its 1.3 billion people recently established a National Gold Exchange and relaxed control over the asset. Demand in China is expected to rise sharply and could reach 500 tons in the next few years.

13. Gold as Money is Gaining Credence
Islamic nations are investigating a currency backed by gold (the Gold Dinar), the new President of Argentina proposed, during his campaign, a gold backed peso as an antidote for the financial catastrophe which his country has experienced and Russia is talking about a fully convertible currency with gold backing.

14. Rising Geopolitical Tensions
The deteriorating conditions in the Middle East, the U.S. occupation of Iraq, the nuclear ambitions of North Korea and the growing conflict between the U.S. and China due to China's refusal to allow its currency to appreciate against the U.S. dollar headline the geopolitical issues, which could explode at anytime. A fearful public has a tendency to gravitate towards gold.

15. Limited Size of the Total Gold Market Provides Tremendous Leverage
All the physical gold in existence is worth somewhat more than $1 trillion U.S. Dollars while the value of all the publicly traded gold companies in the world is less than $100 billion US dollars. When the fundamentals ultimately encourage a strong flow of capital towards gold and gold equities, the trillions upon trillions worth of paper money could propel both to unfathomably high levels.

Conclusion
Gold is under-valued, under-owned and under-appreciated. It is most assuredly not well understood by most investors. At the beginning of the 1970's when gold was about to undertake its historic move from $35 to $800 per ounce in the succeeding ten years, the same observations would have been valid. The only difference this time is that the fundamentals for gold are actually better.
 P.S. It's simple, really. Demand is soaring. Supplies are plummeting. And if you don't buy gold now, you may not get the chance to later. To get your limited-time discount on physical gold, plus access to our portfolio of incredibly bargain-priced junior gold stocks

by wealthdaily

Wednesday, February 1, 2012

Apakah alternatif pelaburan emas yang ada di Malaysia? Part 1

  1. Membeli emas fizikal dalam bentuk syiling atau bar.
  2. Membeli emas fizikal dalam bentuk emas perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan subang.
  3. Membuka akaun simpanan emas. 
  4. Melabur dengan saham amanah yang terlibat dalam perniagaan emas.
1) Membeli emas fizikal dalam bentuk syiling atau bar.
Alternatif membeli emas fizikal sungguh banyak pada hari ini berbanding tahun-tahun yang lalu. Persaingan yang sengit antara peniaga-peniaga emas, menyebabkan harga emas di Malaysia menjadi lebih kompetatif dan mampu dimiliki oleh orang kebanyakan.

Emas Fizikal No.01 - KIJANG EMAS
Emas fizikal yang paling popular adalah KIJANG EMAS keluaran Bank Negara Malaysia yang dihasilkan oleh Royal Mint of Malaysia dan hanya dijual oleh Maybank cawangan utama. Terdapat 3 jenis syiling emas yang diperkenalkan iaitu 1oz (31.1gram), 1/2oz (15.55gram) dan 1/4oz (7.775gram).
Harga semasa KIJANG EMAS boleh ditenung di laman web Bank Negara Malaysia atau Maybank
KIJANG EMAS ini agak sukar untuk diburu kerana habitatnya yang kurang di setiap negeri dan stoknya yang agak terhad.
Habitat KIJANG EMAS boleh disemak di sini

Emas Fizikal No.02 – AUSTRALIAN NUGGETS dan CANADIAN MAPPLE LEAF
Emas fizikal ini dijual oleh UOB Bank cawangan utama yang dihasilkan oleh tukang emas dari luar Malaysia. Stok juga terhad kerana sentiasa laris di pasaran Malaysia. Terdapat 5 jenis syiling emas yang dikeluarkan. Walaubagaimana, buat masa ini dan masa akan datang, UOB hanya akan menjual syiling emas 1oz sahaja.
Ketulenannya adalah 999 atau 24k dan beratnya adalah 31.1 gram.
Harga semasa syiling emas edaran UOB disiarkan di laman web UOB
Cawangan utama UOB Bank yang mengedar syiling emas boleh disemak di sini

Emas Fizikal No. 03 – Syiling Emas Dinar
Emas fizikal jenis ini semakin popular kerana trend semasa pembelian emas adalah oleh orang muslim. Ini kerana umat islam sudah mula sedar akan penipuan oleh orang-orang yahudi yang mencipta wang kertas demi kepentingan mereka. Antara Syiling Emas Dinar yang ada di pasaran adalah

  1. Dinar Perak Darul Ridzuan
  2. Dinar Kelantan
  3. Dinar Kulim
  4. Dinar Restu
  5. Dinar Public Dinar
  6. Dinar Muslim
  7. Dinar GCP
  8. Dinar Darul Takzim
  9. Dinar Darul Ehsan
  10. Dinar Borneo
  11. Dinar Taqwa
  12. Dinar Putra
  13. Dinar Darul Khusus
Ketulenan syiling emas dinar adalah 916 atau 22k (kecuali Dinar GCP dan Dinar Perak iaitu 999 atau 24k) dan beratnya adalah 4.25 gram.
Semua dinar yang disenaraikan di atas adalah dikeluarkan oleh umat islam sendiri, kecuali Dinar Public Dinar. Walaubagaimanapun, jika dihitung dari segi bilangan agen, bilangan agen Dinar Public Dinar adalah lebih banyak berbanding semua agen Dinar yang lain jika dikumpulkan. Perkara ini berlaku kerana Dinar Kelantan yang disukai ramai selalu kehabisan stok dan pembeli emas beralih ke Dinar PD kerana sentiasa ada stok. Selepas itu barulah orang islam kita sedar dan mengeluarkan dinar sendiri. Mulai hari ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan beralih ke Dinar keluaran umat islam demi memajukan ekonomi umat islam.

Emas Fizikal No. 04 – Emas Bar (Emas Ketul-ketul)
Emas fizikal Bar juga popular seperti syiling emas kerana mempunyai banyak jenis dan mudah diperolehi.
Berat paling kecil adalah 0.5gram dan paling besar adalah 1kg (kalau nak 10kg kena tempah).
Antara emas yang ada dipasaran adalah
  1. Pamp Gold Bar
  2. Public Gold Bar
  3. Perth Mint Bar
  4. Emirate Gold Bar
  5. DGE Gold Bar
  6. GCP Gold Bar
Ketulenan Emas Bar biasanya 999 atau 24k. Tidak seperti kes Emas Dinar, emas bar kurang dipelopori oleh umat islam. Salah satu puncanya adalah modal yang kurang kerana untuk menghasilkan emas bar memerlukan modal yang lebih tinggi berbanding syiling emas. Walaubagaimanapun, masih ada umat islam yang mampu menghasilkan emas bar, itu pun 1gram sahaja. Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama menyokong DGE Gold Bar supaya pada masa akan datang mampu menghasilkan Emas Bar sehingga 1KG. Insyallah. Satu lagi produk gold bar keluarkan muslim adalah dari GCP Gold Bar.

Topik membeli emas fizikal dalam bentuk emas perhiasan, membuka akaun simpanan emas dan melabur dengan saham amanah yang terlibat dalam perniagaan emas akan bersambung di Part 2.

Thursday, December 8, 2011

Alamak............. Harga Emas TURUN lagi...... Sapa yang rugi?

Posting ini adalah sambungan dari posting Perbandingan antara Emas Fizikal dan Akaun Emas.

Harga Emas TURUN lagi.... Siapa yang rugi???
Mohd dan Ahmad membeli Emas pada masa harga Emas berada dikemuncak harga 1,900usd per troy ounce.
Mohd beli Emas Fizikal 100g dari Amsyiq Gold dgn harga RM22,00.
Ahmad beli Akaun Emas 100g dgn harga RM19,000. (harga lebih rendah kerana Emas 995)
Secara kebetulan, Mohd dan Ahmad memerlukan wang pada masa harga Emas jatuh ke 1,600usd per troy ounce. Kedua-duanya tiada wang tunai yg banyak dalam simpanan.
Mohd menggunakan GKAs untuk mendapatkan tunai 10k dan membeli lagi emas 10k (50g) ketika harga rendah.
Ahmad terpaksa menjual sebahagian Akaun Emas untuk mendapatkan 10k.
Nampakkah anda kelebihan yg Mohd ada?
Mohd, tidak kekurangan emas, malah boleh tambah emas ketika harga rendah.
Ahmad, kekurangan emas dan akan terus kurang jika masih memerlukan wang.
Wassalam......

Tuesday, December 6, 2011

Perbandingan antara Emas Fizikal dan Akaun Emas

Seperti yang anda sedia maklum, Emas Fizikal adalah Emas dalam bentuk syiling, bar, serbuk atau barang kemas manakala Akaun Emas adalah pembelian emas dalam bentuk penyata akaun tetapi emas disimpan oleh pihak bank.


12-3 macam main hoki Piala Dunia antara Malaysia vs Thailand.

Monday, December 5, 2011

Bila Masa Paling Sesuai Untuk Menjual Emas Anda ???


Bila Masa Paling Sesuai Untuk Menjual Emas Anda adalah satu persoalan yang penting. Banyak bergantung kepada mengapa anda membeli emas.

Jika anda membeli syiling emas untuk suka-suka kerana kelihatan cantik maka tidak mungkin anda akan menimbang untuk menjual emas anda. Walaubagaimanapun, jika anda membeli untuk emas dalam bentuk bar atau syiling emas antik atau set, maka ia adalah berkemungkinan anda membeli emas untuk masa depan.

Jadi SOALAN 'Bila Masa Paling Sesuai Untuk Menjual Emas Anda' menjadi satu isu.

Nilai emas, berbanding pelbagai mata wang, naik dan turun.
Jadi soalan berikutnya adalah, Adakah anda memegang emas untuk jangka masa yang pendek atau jangka masa panjang? Jika jangka pendek, maka nilai emas pada hari ke hari akan menjadi sangat penting. Jika jangka panjang, maka ia adalah trend jangka panjang yang sangat menarik.

Bagi sesetengah orang akan menjual emas apabila mereka memerlukan wang. Bagi yang lain pula, apabila nilai emas meningkat jauh melebihi nilai apabila mereka membeli. Jadi sebab mengapa seseorang itu menjual emas juga penting.

Mengambil semua faktor-faktor ini akan memberikan satu petunjuk baik apabila menjual emas.

Ia mungkin tidak selalunya benar apa yang anda fikir. Dan sudah tentu seseorang itu perlu berunding dengan penasihat kewangan jika seseorang itu membeli dan menjual untuk tujuan pelaburan daripada sebagai pengumpul duit syiling.

Walau apa pun sebab mengapa anda mempunyai syiling emas, mengetahui bila menjual emas adalah sama pentingnya dengan mengetahui bila untuk membeli.

Thursday, September 15, 2011

Perbandingan antara Dinar di Pasaran Malaysia (Harga dan Spread)

14 March 2011 Price
No.DinarSellBuySpread
1Darul Ridzuan691.00660.004.49%
2Kulim641.00610.004.84%
3Darul Khusus656.00624.004.88%
4Darul Ehsan656.00624.004.88%
5Public Dinar658.00619.005.93%
6Putra657.00617.006.09%
7Restu627.27587.276.38%
8Darul Takzim651.00609.006.45%
9Taqwa649.00603.007.09%
10Borneo641.00589.008.11%
11Muslim623.43563.439.62%
12Kelantan654.00589.009.94%
13GCP690.00587.0014.93%


Harga Terendah Di Pasaran Malaysia
1. Dinar Muslim RM623.43
2. Dinar Restu RM627.27
3. Dinar Kulim & Dinar Borneo RM641.00

Spread Terendah Di Pasaran Malaysia
1. Dinar Perak Darul Ridzuan 4.49%
2. Dinar Kulim 4.84%
3. Darul Khusus & Darul Ehsan 4.88%

Harga Tertinggi Di Pasaran Malaysia
1. Dinar Perak Darul Ridzuan RM691.00
2. Dinar GCP RM690.00
3. Dinar Public Dinar RM658.00
                                           
Spread Tertingi Di Pasaran Malaysia
1. Dinar GCP 14.93%
2. Dinar Kelantan 9.94%
3. Dinar Muslim 9.62%

Saturday, January 1, 2011

10 sebab kenapa saya membeli dan menyimpan emas?

  1. Saya dapat mengekalkan kekayaan bukan menambahkan kekayaan dengan memiliki emas.
  2. Terperasan kaya dan seronok boleh tengok dan sentuh emas hari-hari.
  3. Aura emas beri keyakinan untuk beli emas lagi.
  4. Tidak rasa rugi kerana nilai emas yang tinggi pada bila-bila masa.
  5. Tidak akan fikir dua kali untuk tukar wang kertas Malaysia kepada emas.
  6. Emas tidak seperti wang kertas yang tiada nilai sebenar, Bank Negara Malaysia yang menentukannya.
  7. Emas boleh dipusakakan kerana sentiasa bernilai zaman berzaman.
  8. Emas diiktiraf dan diterima di seluruh dunia.
  9. Emas tidak hanya menjadi perhiasan dan kebanggaan wanita.
  10. Emas mampu membina ekonomi umat islam seperti zaman kegemilangan islam.
ANDA ADA SEBAB SENDIRI? MARI KONGSI BERSAMA.