MOVING BANNER

DISCOUNT 0.5% FOR DINAR & DIRHAM PRODUCTS>>>>>CHECKOUT "OFFER OF THE WEEK" FOR HUGE BARGAIN >>>>> START INVEST IN GOLD NOW AS LOW AS RM200 >>>>> NEW PRODUCTS - SILVER BAR 50GM & 100GM >>>>> CONTACT MOHD ROES 018-2421753 YOUR GOLD & SILVER CONSULTANT.....

Wednesday, February 1, 2012

Apakah alternatif pelaburan emas yang ada di Malaysia? Part 1

  1. Membeli emas fizikal dalam bentuk syiling atau bar.
  2. Membeli emas fizikal dalam bentuk emas perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan subang.
  3. Membuka akaun simpanan emas. 
  4. Melabur dengan saham amanah yang terlibat dalam perniagaan emas.
1) Membeli emas fizikal dalam bentuk syiling atau bar.
Alternatif membeli emas fizikal sungguh banyak pada hari ini berbanding tahun-tahun yang lalu. Persaingan yang sengit antara peniaga-peniaga emas, menyebabkan harga emas di Malaysia menjadi lebih kompetatif dan mampu dimiliki oleh orang kebanyakan.

Emas Fizikal No.01 - KIJANG EMAS
Emas fizikal yang paling popular adalah KIJANG EMAS keluaran Bank Negara Malaysia yang dihasilkan oleh Royal Mint of Malaysia dan hanya dijual oleh Maybank cawangan utama. Terdapat 3 jenis syiling emas yang diperkenalkan iaitu 1oz (31.1gram), 1/2oz (15.55gram) dan 1/4oz (7.775gram).
Harga semasa KIJANG EMAS boleh ditenung di laman web Bank Negara Malaysia atau Maybank
KIJANG EMAS ini agak sukar untuk diburu kerana habitatnya yang kurang di setiap negeri dan stoknya yang agak terhad.
Habitat KIJANG EMAS boleh disemak di sini

Emas Fizikal No.02 – AUSTRALIAN NUGGETS dan CANADIAN MAPPLE LEAF
Emas fizikal ini dijual oleh UOB Bank cawangan utama yang dihasilkan oleh tukang emas dari luar Malaysia. Stok juga terhad kerana sentiasa laris di pasaran Malaysia. Terdapat 5 jenis syiling emas yang dikeluarkan. Walaubagaimana, buat masa ini dan masa akan datang, UOB hanya akan menjual syiling emas 1oz sahaja.
Ketulenannya adalah 999 atau 24k dan beratnya adalah 31.1 gram.
Harga semasa syiling emas edaran UOB disiarkan di laman web UOB
Cawangan utama UOB Bank yang mengedar syiling emas boleh disemak di sini

Emas Fizikal No. 03 – Syiling Emas Dinar
Emas fizikal jenis ini semakin popular kerana trend semasa pembelian emas adalah oleh orang muslim. Ini kerana umat islam sudah mula sedar akan penipuan oleh orang-orang yahudi yang mencipta wang kertas demi kepentingan mereka. Antara Syiling Emas Dinar yang ada di pasaran adalah

  1. Dinar Perak Darul Ridzuan
  2. Dinar Kelantan
  3. Dinar Kulim
  4. Dinar Restu
  5. Dinar Public Dinar
  6. Dinar Muslim
  7. Dinar GCP
  8. Dinar Darul Takzim
  9. Dinar Darul Ehsan
  10. Dinar Borneo
  11. Dinar Taqwa
  12. Dinar Putra
  13. Dinar Darul Khusus
Ketulenan syiling emas dinar adalah 916 atau 22k (kecuali Dinar GCP dan Dinar Perak iaitu 999 atau 24k) dan beratnya adalah 4.25 gram.
Semua dinar yang disenaraikan di atas adalah dikeluarkan oleh umat islam sendiri, kecuali Dinar Public Dinar. Walaubagaimanapun, jika dihitung dari segi bilangan agen, bilangan agen Dinar Public Dinar adalah lebih banyak berbanding semua agen Dinar yang lain jika dikumpulkan. Perkara ini berlaku kerana Dinar Kelantan yang disukai ramai selalu kehabisan stok dan pembeli emas beralih ke Dinar PD kerana sentiasa ada stok. Selepas itu barulah orang islam kita sedar dan mengeluarkan dinar sendiri. Mulai hari ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan beralih ke Dinar keluaran umat islam demi memajukan ekonomi umat islam.

Emas Fizikal No. 04 – Emas Bar (Emas Ketul-ketul)
Emas fizikal Bar juga popular seperti syiling emas kerana mempunyai banyak jenis dan mudah diperolehi.
Berat paling kecil adalah 0.5gram dan paling besar adalah 1kg (kalau nak 10kg kena tempah).
Antara emas yang ada dipasaran adalah
  1. Pamp Gold Bar
  2. Public Gold Bar
  3. Perth Mint Bar
  4. Emirate Gold Bar
  5. DGE Gold Bar
  6. GCP Gold Bar
Ketulenan Emas Bar biasanya 999 atau 24k. Tidak seperti kes Emas Dinar, emas bar kurang dipelopori oleh umat islam. Salah satu puncanya adalah modal yang kurang kerana untuk menghasilkan emas bar memerlukan modal yang lebih tinggi berbanding syiling emas. Walaubagaimanapun, masih ada umat islam yang mampu menghasilkan emas bar, itu pun 1gram sahaja. Alhamdulillah. Marilah kita sama-sama menyokong DGE Gold Bar supaya pada masa akan datang mampu menghasilkan Emas Bar sehingga 1KG. Insyallah. Satu lagi produk gold bar keluarkan muslim adalah dari GCP Gold Bar.

Topik membeli emas fizikal dalam bentuk emas perhiasan, membuka akaun simpanan emas dan melabur dengan saham amanah yang terlibat dalam perniagaan emas akan bersambung di Part 2.

2 comments:

Anonymous said...

Good info. Sangat bagus.
You are great!!! :D

Mohammad Roes said...

Thanks 4 reading