KISAH BENAR : GAJI SEORANG GURU
Salam emas untuk semua.
Nak tak saya kongsikan dengan anda semua tentang kisah seorang guru. Kisah ini berkaitan dengan pendapatan yang diperoleh oleh guru ini setiap bulan. Tentu nak kan.
Ada seorang guru muda yang mula berkhidmat mulai tahun 1990, beliau adalah guru lepasan SPM bergaji lebih kurang RM600 sebulan setelah dicampurkan elaun perkhidmatan. Untuk pengetahuan anda semua, harga emas pada masa itu berharga dalam lingkungan RM30 segram. harga emas yang agak murah, jika tidakpun RM30 kalau hari ini tentunya sangat murah bagi segram emas. Dan rasanya, bagi guru ini, RM30 segram sudah tentunya mahal. Jika ditukarkan gaji guru ini dengan emas, maka guru muda ini akan mendapat tukaran emas sebanyak 20gram.
Hari ini pada tahun 2011, guru tersebut telah berkhidmat selama 21 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak lebih kurang RM4000. Wow…memang hebat…dan banyak. bagi ramai orang, dengan gaji sebanyak RM4000 ini sudah dikira cukup banyak dan pastinya boleh membeli pelbagai barang yang dihajatkan.
Namun emas hari ini berharga RM200 segram (harga pada 1 November 2011, ketika nota ini ditulis). Jika ditukarkan gaji dengan emas, maka guru ini akan mendapat tukaran emas sebanyak 20g juga.
Tahun | Gaji (RM) | Harga emas se gram | Jumlah emas di peroleh |
1990 | RM 600 | RM 30 | 20 g |
2011 | RM 4000 | RM 200 | 20g |
Nampak tak…dalamasa 21 tahun…guru ini telah mendapat kenaikan gaji yang cukup banyak. Bermula dengan RM600 dan meningkat sehingga RM4000. Jika diukur dengan wang kertas…maka nampak banyak benar perbezaan gaji. Tetapi jika diukur dengan emas….tidak ada kenaikan.
Guru ini sebenarnya masih di takuk lama lagi pendapatan bulanannya jika dibuat perbandingan dengan emas. Inilah yang sebenarnya berlaku pada kebanyakan kita. Tetapi kalau guru ini mula menyimpan emas sejak tahun 1990 dengan 10gram sebulan….hari ini sudah berapa kilogram agaknya dan berapa pula nilainya…
emaskulai. Bersama Memakmurkan Ummah
No comments:
Post a Comment