MOVING BANNER

DISCOUNT 0.5% FOR DINAR & DIRHAM PRODUCTS>>>>>CHECKOUT "OFFER OF THE WEEK" FOR HUGE BARGAIN >>>>> START INVEST IN GOLD NOW AS LOW AS RM200 >>>>> NEW PRODUCTS - SILVER BAR 50GM & 100GM >>>>> CONTACT MOHD ROES 018-2421753 YOUR GOLD & SILVER CONSULTANT.....

Tuesday, April 1, 2014

Noble metal (logam berharga)

Noble metal atau logam berharga adalah emas, perak, dan kumpulan platinum (platinum, palladium, rhodium, iridium, osmium, dan ruthenium). Logam-logam ini sangat berharga kerana kesemuanya resistan (kalis) terhadap kakisan serta karat dan sifat kimianya yang stabil. Secara kimianya, logam berharga mempunyai kereaktifan yang rendah berbanding elemen lain, mempunyai kilauan (luster) dan takat lebur yang tinggi. Logam berharga juga sangat jarang dijumpai dan mempunyai harga yang mahal. Kini logam berharga merupakan komoditi yang mempunyai nilai dalam simpanan dan industri. Pada hari ini, uranium dan plutonium juga tergolong dalam kumpulan logam berharga terutama sekali bagi negara yang mempunyai kuasa nuklear.

Secara umumnya, logam yang berharga mempunyai ciri-ciri berikut:
Plastik - logam berharga yang mempunyai sifat plastik boleh ditarik menjadi panjang (plastic elongation) tanpa sebarang kesan retakan.
Malleable (mulur) - logam berharga boleh tempa, dipadukan, dicairkan dan digulung.
Ductile (boleh tempa) - logam berharga boleh dibengkok, direnggang, dan di tarik dengan mudah (seperti plastik) dengan ciri-ciri keliatan (tidak mudah patah).

Permintaan terhadap logam berharga ini semakin bertambah kerana nilainya yang tinggi untuk kegunaan industri mahupun perhiasan selain daripada menjadi simpanan. Untuk maklumat lanjut mengenai harga emas, sila rujuk Bank Negara Malaysia. Harga platinum menjangkau dua kali harga emas, manakala harga palladium adalah separuh dari harga emas. Perak merupakan logam berharga yang paling murah dengan harga 1/49 dari harga emas.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, logam akan menjadi berharga jika ia jarang dijumpai. Penemuan sumber baru yang banyak seperti pembukaan lombong dan peningkatan teknologi di dalam proses pengeluaran logam dari bijih asalnya yang menjadi semakin mudah menjadikan nilai logam boleh menjadi susut.

Satu perkara yang menarik berkenaan dengan alumunium yang dahulunya dianggap sebagai logam yang berharga. Walaupun alumunium merupakan logam yang sangat banyak didapati dalam kerak bumi, manusia dahulunya tidak tahu bagaimana hendak mengekstrak alumunium daripada bijih asalnya. Ini menjadikan alumunium mempunyai nilai melebihi emas. Bar alumunium yang terdapat dalam muzium di Perancis dahulunya diletakkan bersama mahkota pada zaman Napolean III, 1855. Malah pada zaman pemerintahannya, beliau menghidangkan tetamu kehormatnya dengan pinggan mangkuk yang diperbuat dari alumunium. Walaubagaimanapun, apabila proses Hall-Heroult bagi megekstrak alumunium ditemui pada 1886, harga alumunium jatuh mendadak di pasaran.

Pada masa hadapan, perak dijangka menjadi logam yang jarang ditemui kerana permintaannya kini telah melebihi penawaran dalam pasaran. Lebih daripada 300 juta troy ounce (kira-kira 9 juta kilogram atau 9,000 tan) perak digunakan dimana jumlah ini sudah melebihi dari pengeluaran dan penggunaannya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Nota: 1 troy once ialah 31.1035 gram.

Logam asas dan logam ringan

Logam asas (base metal) terdiri dari logam-logam yang terdapat banyak di permukaan dan dalam kerak bumi. Ini termasuklah aluminium, kuprum (tembaga), plumbum, merkuri (raksa), nikel, timah (kasiterit), dan zink. Logam ringan pula terdiri dari alumunium, magnesium dan titanium. Walaubagaimanapun, logam asas kini telah mencecah harga yang tinggi. Tembaga contohnya mempunyai harga 4 kali ganda lebih tinggi berbanding 3 tahun lepas. Harga nikel juga semakin naik kerana terdapat permintaan pasaran yang kini telah melebihi kapasiti pengeluaran.

Aloi

Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan lemah. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik. Contoh-contoh aloi adalah keluli (besi dan karbon), loyang (tembaga dan timah), dan duralumin (aluminium dan tembaga).

Emas juga dialoi dengan logam lain seperti perak dan tembaga bagi menambahkan kekerasan dan memberi nilai karat seperti 22k, 18k, 14k, 10k, 9k, dan suasa. Semakin rendah nilai karat, semakin banyak logam lain yang ditambah bagi membentuk aloi emas. Emas putih pula dibentuk dengan mengaloikan emas dengan logam seperti platinum, palladium, nikel, perak, iridium, osmium, dan pelbagai lagi. Sama seperti emas yang berwarna kuning, emas putih juga mempunyai nilai karat yang berbeza-beza.

Secara tradisional, logam mempunyai sifat-sifat fizikal tertentu: Ia biasanya berkilau, mempunyai ketumpatan tinggi, adalah mulur dan mudah ditempa, biasanya mempunyai titik lebur yang tinggi, biasanya keras serta dapat mengalirkan elektrik dan haba. Akan tetapi ini sebahagian besarnya kerana logam-logam yang mempunyai ketumpatan rendah, lembut dan mempunyai titik lebur rendah adalah juga reaktif, dan kita jarang sekali menemui logam-logam jenis ini dalam bentuk unsur kelogamannya.
Sumber: Nusantara Heritage

No comments: