Nilai hartanah semakin meningkat saban hari seperti harga emas. Real estate boleh jadi aset dan juga liabiliti kepada anda. Aset boleh menjadikan anda kaya dan liabiliti pula boleh menjadikan anda papa.
Nilai hartanah anda bergantung 3 faktor kepada lokasi, lokasi dan lokasi. Selainnya adalah jenis hartanah, jenis pajakan dan pengubahsuaian rumah yang sedia ada.
Lokasi memainkan peranan penting kerana lokasi sesuatu hartanah boleh membantu dalam memudahkan kehidupan contohnya jarak ke tempat kerja yang lebih dekat (jimat petrol atau tambang), berhampiran dengan kawasan bandar, shopping complex, kemudahan pengangkutan (bas, komuter, LRT, teksi, monorail), sekolah dll.
Nilai hartanah anda sangat subjektif kerana kadang kala berlaku spekulasi yang sengaja dibuat oleh agen hartanah dengan menaikkan harga hartanah di kawasan tertentu demi mengaut keuntungan dengan tamak tanpa memikirkan nasih orang lain. Sebagai contoh Agen hartanah menjual rumah di suatu kawasan hanya di atas harga 60k sahaja (flat kos rendah) dan bank hanya minilai 50k sahaja. Jadi berlaku kerugian di pihak yang membeli. Sebelum beli hendak lah buat kajian dulu dan bandingkan dengan harga rumah yang berhampiran atau kawasan bersebelahan.
Berbalik kepada tajuk hari ini, untung ke melabur dalam hartanah?
Kita buat kajian kes
Ahmad berumur 22 thn seorang yg bujang dan belum berpunya adalah graduan yang baru tamat dari USM, Nibong Tebal dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Setelah tamat pengajian dan bertungkus lumus masuk dan keluar interview kerja, beliau ditawarkan kerja sebagai jurutera di salah sebuah agensi consultancy yang memberi perkhidmatan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor. Dengan usia yang begitu muda, beliau membeli sebuah rumah flat kos rendah dengan dorongan rakan sekerja yg berharga 42k melalui pinjaman bank (37.8k + 1.2k bank lawyer = 39k). Downpayment 10% dari simpanan adalah 4.2k. Bayaran bulanan adalah 180 selama 40 thn dan maintenance fee 40 = 220 sebulan.
Selepas 5 tahun berkerja Ahmad merancang utk berkahwin. Perbenjaan utk hantaran 10k. Ahmad refinance rumah yg dibeli 5 thn lepas (kalau nak maksimakan duit refinance tiap tahun topup dgn duit KWSP). Nilai sekarang adalah 60k. Balance pinjaman 37k. Selepas tolak segala urusan bank 3k ada baki 34k. Cuba kita kita berapa return on investment (ROI) Ahmad dalam 5 thn.
Downpayment Rumah = 4.2k
Bayaran bulanan 5 thn = 220x60 = 13.2k
Jumlah pelaburan 5 thn = 17.4k
Cash yg Ahmad dapat = 37k
ROI= 112.64% utk 5 thn, 22.53% setahun.
Kemudian Ahmad beli lagi rumah di kawasan yg sama dgn harga 60k (jika boleh beli rumah lelong lebih baik krn harga lebih rendah dr pasaran) dgn menggunakan duit refinance. Bayar 10%, lawyer dll berjumlah 8k ada baki 29k lagi. Rumah yg pertama disewakan 300 sebulan (+ve cash flow $80). Rumah kedua bulanan 262.
Jika tolak dgn baki sewa 80 kena tambah 182.
182 x 5thn x 12 bln = 10.92k (lepas 5 thn boleh refinance lagi la)
Ada baki = 29k - 10.92k = 18.08k
Kalau ditolak modal awal 3k rumah pertama baki adalah 15.08k
Tolak duit hantaran 10k baki 5.08k
Dapat seorang isteri (tidak ternilai k), rumah 2 bijik yg bernilai (120k) dan cash 5k.
(Kalkulator beli rumah boleh lihat di bahagian kanan bawah)
MOVING BANNER
Sunday, June 1, 2014
Thursday, May 1, 2014
Produk baru Amsyiq - 30 Dirham & 1 Dirham
Salam semua
Baru-baru ini Amsyiq telah melancarkan 30 Dirham keluaran Amsyiq. Walaupun fizikalnya belum kelihatan, sudah ramai dealer & org ramai tempah. Saya dah tempah 5 keping. Harga promosi adalah RM990. Disebabkan oleh harga perak yg tinggi pada masa promosi, maka Amsyiq dgn murah hatinya akan memberikan 2.5% diskaun dari harga promosi. Spread semasa promosi adalah 20%, walaubagaimanapon, Amsyiq akan menurunkan ke 17% pada masa akan datang.
Marilah sama-sama kita beli Dirham dan mengembangkan syarikat umat islam.
Untuk 1 Dirham tiada harga promosi, spread sekarang adalah 18%.
Buat masa ini harga & tempahan perak untuk produk Amsyiq dibekukan kerana kilang hanya mampu keluarkan 20 keping 30 Dirham sehari sahaja.

1 Dirham Amsyiq (Gambar hiasan sahaja)
Tuesday, April 1, 2014
Noble metal (logam berharga)
Noble metal atau logam berharga adalah emas, perak, dan kumpulan platinum (platinum, palladium, rhodium, iridium, osmium, dan ruthenium). Logam-logam ini sangat berharga kerana kesemuanya resistan (kalis) terhadap kakisan serta karat dan sifat kimianya yang stabil. Secara kimianya, logam berharga mempunyai kereaktifan yang rendah berbanding elemen lain, mempunyai kilauan (luster) dan takat lebur yang tinggi. Logam berharga juga sangat jarang dijumpai dan mempunyai harga yang mahal. Kini logam berharga merupakan komoditi yang mempunyai nilai dalam simpanan dan industri. Pada hari ini, uranium dan plutonium juga tergolong dalam kumpulan logam berharga terutama sekali bagi negara yang mempunyai kuasa nuklear.
Secara umumnya, logam yang berharga mempunyai ciri-ciri berikut:
Plastik - logam berharga yang mempunyai sifat plastik boleh ditarik menjadi panjang (plastic elongation) tanpa sebarang kesan retakan.
Malleable (mulur) - logam berharga boleh tempa, dipadukan, dicairkan dan digulung.
Ductile (boleh tempa) - logam berharga boleh dibengkok, direnggang, dan di tarik dengan mudah (seperti plastik) dengan ciri-ciri keliatan (tidak mudah patah).
Permintaan terhadap logam berharga ini semakin bertambah kerana nilainya yang tinggi untuk kegunaan industri mahupun perhiasan selain daripada menjadi simpanan. Untuk maklumat lanjut mengenai harga emas, sila rujuk Bank Negara Malaysia. Harga platinum menjangkau dua kali harga emas, manakala harga palladium adalah separuh dari harga emas. Perak merupakan logam berharga yang paling murah dengan harga 1/49 dari harga emas.
Seperti yang telah dinyatakan di atas, logam akan menjadi berharga jika ia jarang dijumpai. Penemuan sumber baru yang banyak seperti pembukaan lombong dan peningkatan teknologi di dalam proses pengeluaran logam dari bijih asalnya yang menjadi semakin mudah menjadikan nilai logam boleh menjadi susut.
Satu perkara yang menarik berkenaan dengan alumunium yang dahulunya dianggap sebagai logam yang berharga. Walaupun alumunium merupakan logam yang sangat banyak didapati dalam kerak bumi, manusia dahulunya tidak tahu bagaimana hendak mengekstrak alumunium daripada bijih asalnya. Ini menjadikan alumunium mempunyai nilai melebihi emas. Bar alumunium yang terdapat dalam muzium di Perancis dahulunya diletakkan bersama mahkota pada zaman Napolean III, 1855. Malah pada zaman pemerintahannya, beliau menghidangkan tetamu kehormatnya dengan pinggan mangkuk yang diperbuat dari alumunium. Walaubagaimanapun, apabila proses Hall-Heroult bagi megekstrak alumunium ditemui pada 1886, harga alumunium jatuh mendadak di pasaran.
Pada masa hadapan, perak dijangka menjadi logam yang jarang ditemui kerana permintaannya kini telah melebihi penawaran dalam pasaran. Lebih daripada 300 juta troy ounce (kira-kira 9 juta kilogram atau 9,000 tan) perak digunakan dimana jumlah ini sudah melebihi dari pengeluaran dan penggunaannya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Nota: 1 troy once ialah 31.1035 gram.
Logam asas dan logam ringan
Logam asas (base metal) terdiri dari logam-logam yang terdapat banyak di permukaan dan dalam kerak bumi. Ini termasuklah aluminium, kuprum (tembaga), plumbum, merkuri (raksa), nikel, timah (kasiterit), dan zink. Logam ringan pula terdiri dari alumunium, magnesium dan titanium. Walaubagaimanapun, logam asas kini telah mencecah harga yang tinggi. Tembaga contohnya mempunyai harga 4 kali ganda lebih tinggi berbanding 3 tahun lepas. Harga nikel juga semakin naik kerana terdapat permintaan pasaran yang kini telah melebihi kapasiti pengeluaran.
Aloi
Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan lemah. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik. Contoh-contoh aloi adalah keluli (besi dan karbon), loyang (tembaga dan timah), dan duralumin (aluminium dan tembaga).
Emas juga dialoi dengan logam lain seperti perak dan tembaga bagi menambahkan kekerasan dan memberi nilai karat seperti 22k, 18k, 14k, 10k, 9k, dan suasa. Semakin rendah nilai karat, semakin banyak logam lain yang ditambah bagi membentuk aloi emas. Emas putih pula dibentuk dengan mengaloikan emas dengan logam seperti platinum, palladium, nikel, perak, iridium, osmium, dan pelbagai lagi. Sama seperti emas yang berwarna kuning, emas putih juga mempunyai nilai karat yang berbeza-beza.
Secara tradisional, logam mempunyai sifat-sifat fizikal tertentu: Ia biasanya berkilau, mempunyai ketumpatan tinggi, adalah mulur dan mudah ditempa, biasanya mempunyai titik lebur yang tinggi, biasanya keras serta dapat mengalirkan elektrik dan haba. Akan tetapi ini sebahagian besarnya kerana logam-logam yang mempunyai ketumpatan rendah, lembut dan mempunyai titik lebur rendah adalah juga reaktif, dan kita jarang sekali menemui logam-logam jenis ini dalam bentuk unsur kelogamannya.
Sumber: Nusantara Heritage

Labels:
Simpan emas
Subscribe to:
Posts (Atom)