MOVING BANNER

DISCOUNT 0.5% FOR DINAR & DIRHAM PRODUCTS>>>>>CHECKOUT "OFFER OF THE WEEK" FOR HUGE BARGAIN >>>>> START INVEST IN GOLD NOW AS LOW AS RM200 >>>>> NEW PRODUCTS - SILVER BAR 50GM & 100GM >>>>> CONTACT MOHD ROES 018-2421753 YOUR GOLD & SILVER CONSULTANT.....

Thursday, May 1, 2014

Produk baru Amsyiq - 30 Dirham & 1 Dirham

Salam semua
Baru-baru ini Amsyiq telah melancarkan 30 Dirham keluaran Amsyiq. Walaupun fizikalnya belum kelihatan, sudah ramai dealer & org ramai tempah. Saya dah tempah 5 keping. Harga promosi adalah RM990. Disebabkan oleh harga perak yg tinggi pada masa promosi, maka Amsyiq dgn murah hatinya akan memberikan 2.5% diskaun dari harga promosi. Spread semasa promosi adalah 20%, walaubagaimanapon, Amsyiq akan menurunkan ke 17% pada masa akan datang.
Marilah sama-sama kita beli Dirham dan mengembangkan syarikat umat islam.
Untuk 1 Dirham tiada harga promosi, spread sekarang adalah 18%.
Buat masa ini harga & tempahan perak untuk produk Amsyiq dibekukan kerana kilang hanya mampu keluarkan 20 keping 30 Dirham sehari sahaja.
            1 Dirham Amsyiq                          (Gambar hiasan sahaja)

Tuesday, April 1, 2014

Noble metal (logam berharga)

Noble metal atau logam berharga adalah emas, perak, dan kumpulan platinum (platinum, palladium, rhodium, iridium, osmium, dan ruthenium). Logam-logam ini sangat berharga kerana kesemuanya resistan (kalis) terhadap kakisan serta karat dan sifat kimianya yang stabil. Secara kimianya, logam berharga mempunyai kereaktifan yang rendah berbanding elemen lain, mempunyai kilauan (luster) dan takat lebur yang tinggi. Logam berharga juga sangat jarang dijumpai dan mempunyai harga yang mahal. Kini logam berharga merupakan komoditi yang mempunyai nilai dalam simpanan dan industri. Pada hari ini, uranium dan plutonium juga tergolong dalam kumpulan logam berharga terutama sekali bagi negara yang mempunyai kuasa nuklear.

Secara umumnya, logam yang berharga mempunyai ciri-ciri berikut:
Plastik - logam berharga yang mempunyai sifat plastik boleh ditarik menjadi panjang (plastic elongation) tanpa sebarang kesan retakan.
Malleable (mulur) - logam berharga boleh tempa, dipadukan, dicairkan dan digulung.
Ductile (boleh tempa) - logam berharga boleh dibengkok, direnggang, dan di tarik dengan mudah (seperti plastik) dengan ciri-ciri keliatan (tidak mudah patah).

Permintaan terhadap logam berharga ini semakin bertambah kerana nilainya yang tinggi untuk kegunaan industri mahupun perhiasan selain daripada menjadi simpanan. Untuk maklumat lanjut mengenai harga emas, sila rujuk Bank Negara Malaysia. Harga platinum menjangkau dua kali harga emas, manakala harga palladium adalah separuh dari harga emas. Perak merupakan logam berharga yang paling murah dengan harga 1/49 dari harga emas.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, logam akan menjadi berharga jika ia jarang dijumpai. Penemuan sumber baru yang banyak seperti pembukaan lombong dan peningkatan teknologi di dalam proses pengeluaran logam dari bijih asalnya yang menjadi semakin mudah menjadikan nilai logam boleh menjadi susut.

Satu perkara yang menarik berkenaan dengan alumunium yang dahulunya dianggap sebagai logam yang berharga. Walaupun alumunium merupakan logam yang sangat banyak didapati dalam kerak bumi, manusia dahulunya tidak tahu bagaimana hendak mengekstrak alumunium daripada bijih asalnya. Ini menjadikan alumunium mempunyai nilai melebihi emas. Bar alumunium yang terdapat dalam muzium di Perancis dahulunya diletakkan bersama mahkota pada zaman Napolean III, 1855. Malah pada zaman pemerintahannya, beliau menghidangkan tetamu kehormatnya dengan pinggan mangkuk yang diperbuat dari alumunium. Walaubagaimanapun, apabila proses Hall-Heroult bagi megekstrak alumunium ditemui pada 1886, harga alumunium jatuh mendadak di pasaran.

Pada masa hadapan, perak dijangka menjadi logam yang jarang ditemui kerana permintaannya kini telah melebihi penawaran dalam pasaran. Lebih daripada 300 juta troy ounce (kira-kira 9 juta kilogram atau 9,000 tan) perak digunakan dimana jumlah ini sudah melebihi dari pengeluaran dan penggunaannya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Nota: 1 troy once ialah 31.1035 gram.

Logam asas dan logam ringan

Logam asas (base metal) terdiri dari logam-logam yang terdapat banyak di permukaan dan dalam kerak bumi. Ini termasuklah aluminium, kuprum (tembaga), plumbum, merkuri (raksa), nikel, timah (kasiterit), dan zink. Logam ringan pula terdiri dari alumunium, magnesium dan titanium. Walaubagaimanapun, logam asas kini telah mencecah harga yang tinggi. Tembaga contohnya mempunyai harga 4 kali ganda lebih tinggi berbanding 3 tahun lepas. Harga nikel juga semakin naik kerana terdapat permintaan pasaran yang kini telah melebihi kapasiti pengeluaran.

Aloi

Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan lemah. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik. Contoh-contoh aloi adalah keluli (besi dan karbon), loyang (tembaga dan timah), dan duralumin (aluminium dan tembaga).

Emas juga dialoi dengan logam lain seperti perak dan tembaga bagi menambahkan kekerasan dan memberi nilai karat seperti 22k, 18k, 14k, 10k, 9k, dan suasa. Semakin rendah nilai karat, semakin banyak logam lain yang ditambah bagi membentuk aloi emas. Emas putih pula dibentuk dengan mengaloikan emas dengan logam seperti platinum, palladium, nikel, perak, iridium, osmium, dan pelbagai lagi. Sama seperti emas yang berwarna kuning, emas putih juga mempunyai nilai karat yang berbeza-beza.

Secara tradisional, logam mempunyai sifat-sifat fizikal tertentu: Ia biasanya berkilau, mempunyai ketumpatan tinggi, adalah mulur dan mudah ditempa, biasanya mempunyai titik lebur yang tinggi, biasanya keras serta dapat mengalirkan elektrik dan haba. Akan tetapi ini sebahagian besarnya kerana logam-logam yang mempunyai ketumpatan rendah, lembut dan mempunyai titik lebur rendah adalah juga reaktif, dan kita jarang sekali menemui logam-logam jenis ini dalam bentuk unsur kelogamannya.
Sumber: Nusantara Heritage

Saturday, March 1, 2014

1 Dinar Darul Ehsan 999 Offer Tutup

Offer closed........................
Sayang sekali jika anda terlepas peluang ini. Offer yang diberikan hanya untuk 100 pertama. Disebabkan permintaan yg hot offer dilanjutkan hingga ke tengah malam 19/4/2011. Hasilnya 399 keping dah dilock untuk harga istimewa.
Apa yg istimewa? Ada yang boleh dapat beli dengan harga 'we buy' = spread 0%. Paling rendah adalah diskaun 2.5% dari 5% spread.
Gambar tak de lagi sebab belum ambik stok.
Kalau ade sesape berminat boleh bagi offer lagi tapi bukan offer mcm di atas. 1% dari harga semasa web.