Semua orang mampu untuk menunaikan ibadah haji jika mula menabung dinar pada usia muda.
Lihat jadual di bawah
Saya & isteri mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2009 dan dijangka mendapat giliran pada tahun 2018. Akaun Tabung Haji anda hanya perlu ada simpanan RM1,300 untuk layak mendaftar. Yg tak de boleh mula buka buku. Yg penting ada niat untuk menunaikan rukun islam ke-5.
Mungkinkah saya hanya perlukan 3 dinar untuk menunaikan haji pada tahun 2018? Insya allah.
Penurunan harga emas semasa adalah peluang untuk kita menabung.
MOVING BANNER
Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts
Friday, October 7, 2011
Tuesday, September 27, 2011
Subsidi untuk Bakal Haji Pertama Kali.
Alhamdulillah..Itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut bakal jamaah haji Malaysia yang pertama kali bakal menunaikan haji pada tahun ini apabila kerajaan membuat keputusan bijak dengan mengekalkannya pada kadar sekarang iaitu RM 9,980.00. Dengan keputusan ini bermakna kerajaan akan :-
· Menanggung subsidi sebanyak RM 4,360 seorang terhadap bakal jamaah haji yang pertama kali akan menunaikan haji.
· Bagi jamaah haji yang kedua dan seterusnya, tiada subsidi akan diberikan dan mereka akan dikenakan kadar penuh.
· Jamaah haji kedua dan seterusnya juga hanya boleh mendaftar kembali selepas 5 tahun dari tahun dia telah mengerjakan haji
Selain itu, sebelum ini kerajaan juga tidak mengecewakan pendeposit di Tabung Haji dengan mengumumkan kadar dividen yang agak tinggi juga iaitu 5.5%. Kerajaan juga dilaporkan sentiasa merayu dengan kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota bagi jamaah haji kita dimana formula yang digunapakai oleh kerajaan Arab Saudi pada masa sekarang adalah 1% dari jumlah penduduk negara.
Walau apapun, nama Tabung Haji sebagai satu-satunya institusi yang menguruskan jamaah haji diakui memang cukup mekar di Arab Saudi. Ini kerana diakui faktor berdisiplinnya jamaah kita sehingga menyebabkan jamaah kita cukup disegani disana. Terima kasih kepada Prof Diraja Ungku Aziz kerana beliaulah pemikir yang bertanggungjawab menubuhkan institusi yang amat dikagumi seantero dunia ini.
Sudahkah anda membuka akaun Tabung Haji sebagai pendeposit ??? Jangan lupa untuk mendaftar jika simpanan minimum sudah mencecah RM 1,300.00..Jika belum, cepat-cepat daftar ya....

Subscribe to:
Posts (Atom)