Sememangnya tajuk kali ini akan membuatkan anda bingung.
Seorang penjual emas & perak melarang anda membeli emas atau perak, ibarat
penjual karipap melarang anda membeli karipapnya.
Di sini saya sebagai penasihat pelaburan & simpanan emas
dan perak bukan hanya menjadi penjual
sahaja.
Perbezaan penasihat pelaburan & simpanan dan penjual adalah saya tidak hanya mementingkan keuntungan jualan
tetapi apakah matlamat pelaburan & simpanan emas & perak anda.
Sebelum saya teruskan, anda perlu tahu perbezaan antara
pelaburan & simpanan. Di manakah anda?
Kesilapan saya sebelum ini adalah ramai pembeli yg membeli
dgn saya tidak faham tentang pelaburan & simpanan emas dan perak.
Pada masa akan datang………………
Saya akan melarang anda dari membeli emas dan perak jika
anda
1.
tidak tahu beza antara pelaburan & simpanan
2.
tidak tahu/tiada matlamat pelaburan atau simpanan
3.
membeli dengan menggunakan wang kecemasan
Saya hanya akan jual kepada anda jika anda
1.
tahu beza antara pelaburan & simpanan
2.
tahu matlamat pelaburan atau simpanan
3.
membeli dengan menggunakan wang simpanan/lebihan
No comments:
Post a Comment