MOVING BANNER

DISCOUNT 0.5% FOR DINAR & DIRHAM PRODUCTS>>>>>CHECKOUT "OFFER OF THE WEEK" FOR HUGE BARGAIN >>>>> START INVEST IN GOLD NOW AS LOW AS RM200 >>>>> NEW PRODUCTS - SILVER BAR 50GM & 100GM >>>>> CONTACT MOHD ROES 018-2421753 YOUR GOLD & SILVER CONSULTANT.....

Monday, January 26, 2015

MR ALLIANCE RESOURCES

MR ALLIANCE RESOURCES 
secara rasminya didaftarkan pada 4 September 2013 dengan nombor pendaftaran perniagaan SA0271063-M
Aktiviti utama syarikat adalah berjual beli emas dan perak dalam bentuk barang kemas, syiling dan bar.

Monday, January 19, 2015

Bagaimana mendapat EMAS percuma


EMAS PERCUMA --> MENDAPAT EMAS TANPA MODAL --> SEMUA ORANG MAHU

GUNA KONSEP OPM (OTHER PEOPLE MONEY)

CARA 1
TOOL : KAD KREDIT CIMB @ PERSONAL LOAN

Contoh :
1 Dec 2013 - APPLY CASHLITE --> DAPAT RM3,000 ---> BUAT BELIAN 20g EMAS TERTANGGUH (DELAY)
1 Jan 2014 - Dapat RM170 dari DELAY --> Bayar Credit Card RM140 --> baki RM30
1 Jan 2016 - Dapat 20g percuma + RM30 x 24bulan = RM720 @ Jual 20g Emas dgn harga 20g x 155 = RM3,100 + RM720 = RM3,820 wang tunai tanpa modal

CARA 2
TOOL : BARANG KEMAS 32g (pinjam dari adik, kakak, isteri atau mak) dan ARRAHNU

Contoh :
1 Dec 2013 - Pajak 32g dapat RM3,000 --> BUAT BELIAN 20g EMAS TERTANGGUH (DELAY)
1 Jan 2014 - Dapat RM170 dari DELAY
1 Jun 2014 - Wang tunai terkumpul RM170 x 6 = RM1,020 --> bayar upah simpan ARRAHNU RM225 --> baki RM795
1 Dec 2014 - Wang tunai terkumpul RM795 x2 = RM1,590
1 Dec 2015 - Wang tunai terkumpul RM1,590 x2 = RM3,180 --> tebus emas diARRAHNU, pulang balik emas pd org yg dipinjam dan bagi la hadiah sket--> Dapat 20g percuma + RM180 @ RM3,280 wang tunai tanpa modal

CARA 3
- UNDER CONSTRUCTION -

Monday, January 12, 2015

Sangat Rugi beli EMAS & PERAK

Memang rugi kalau beli emas dan perak ni yop...............
Tengok berapa ramai yang dah rugi beli emas kat malaysia. Tak kurang juga yang masuk pelaburan emas dan perak rugi besar 8 billion yop... Takut juga nak beli emas dan perak sekarang nih...
Anda nak beli emas atau perak atau dua-dua sekali?
Emas 1g RM200 1oz RM5,500 1kg RM180,000
Perak 1g RM15 1oz RM110 1kg RM3,500
Kalau nak gram yg lebih berat beli perak.
Spot Emas = 167.11 Spot Perak = 3.16
Nisbah Emas:Perak (21jan13) = 52.88

Berbalik kpd rugi beli logam berharga (precious metal), saya sendiri akui memang boleh rugi.
Beli 1/2 Dinar harga 400, lepas setahun harga jual 350. Rugi atau Untung?
Ahmad beli 1/2 dinar 20pcs guna semua duit simpanannya. Suatu hari, kereta 'Alphard'nya rosak. Dia tiada wang RM3,500 untuk membaiki keretanya.
i. Dia terpaksa menjual 10pcs 1/2 dinar emasnya pada masa itu juga bagi menampung kos pembaikan. Rugi atau Untung? RUGI
ii. Dia pajakkan emasnya di ArRahn untuk mendapatkan pinjaman RM3,500. Kena bayar upah simpan pulak. Rugi atau Untung? RUGI

Nampakkan, sama ada dia jual atau pajakkan emas/perak tersebut Ahmad tetap rugi.
Bagaimana nak bagi Ahmad ni untung bila beli emas/perak?
Guna mesin masa untuk balik ke tahun lepas sebelum Ahmad beli emas tersebut.
Ahmad ada wang tunai RM8,000 dan bercadang untuk menggunakan semua wang simpanannya untuk membeli emas. Sebagai penasihat pelaburan & simpanan emas & perak saya cadangkan Ahmad untuk membahagikan simpanannya kepada tiga iaitu perak, emas & tunai dengan nisbah 30:20:50
Kenapa tunai RM4,000 dijadikan simpanan? sebagai dana kecemasan kerana lebih mudah untuk dikeluarkan (kecairan tinggi). Selepas setahun mungkin Ahmad dapat 6% bonus jika disimpan di Tabung Haji.
Kenapa perak RM2,400 dijadikan simpanan? kadar kenaikan tahunan yang lebih tinggi berbanding emas.
Kenapa emas cuma RM1,600 ? sebagai back-up Dana Kecemasan jika berlaku kekurangan tunai boleh dipajakkan. Sekarang ini pon perak sudah boleh dipajakkan tetapi dgn nilai yg lebih rendah.
Jadi apa yang perlu Ahmad lakukan adalah keluarkan wang simpanan sebanyak 3,500 utk biaya pembaikan keretanya. Baki dana kecemasan menjadi 500+240 bonus. Dari masa ke semasa Ahmad perlu top-up dana kecemasannya kepada RM4,000 semula. Peringatan: Jumlah Dana kecemasan ini ditentukan oleh anda, sekurang-kurangnya 2 bulan gaji.

Monday, January 5, 2015

Simpan karipap lebih untung dari simpan wang kertas

Ya, anda tak salah baca. Itu adalah kenyataannya.
Simpan karipap lebih untung dari simpan wang kertas. Yang sibok2 simpan wang kertas tu, hentikan la, simpan karipap lagi untung.
Tahun 2000
1 karipap harga RM0.20
Tahun 2012
1 karipap harga RM0.40
kenaikan 100% dlm jangka masa 12 thn
Jika anda simpan di Tabung Haji dgn purata bonus 5.5% setahun. 12 thn 70% lebih kurang.
Kenapa jadi begini - kuasa membeli anda sudah berkurang disebabkan oleh inflasi.
Masih untung ke simpan karipap sekarang ni? tidak, jual karipap baru untung.
Lihat ilustrasi di bawah untuk lebih faham maksud tajuk di atas tu.


photo tribute to shahdinar