MOVING BANNER

DISCOUNT 0.5% FOR DINAR & DIRHAM PRODUCTS>>>>>CHECKOUT "OFFER OF THE WEEK" FOR HUGE BARGAIN >>>>> START INVEST IN GOLD NOW AS LOW AS RM200 >>>>> NEW PRODUCTS - SILVER BAR 50GM & 100GM >>>>> CONTACT MOHD ROES 018-2421753 YOUR GOLD & SILVER CONSULTANT.....

Friday, August 1, 2014

GKAS ganti Ar Rahn

Sebagaimana yang anda sedia maklum, kelebihan Amsyiq gold ialah GKA (guna kaedah Amsyiq). GKAS boleh digunakan menggantikan Ar Rahn sementara GKA ialah kaedah membeli emas produk AG dan menggandakannya.

GKAS ganti Ar Rahn

Atas keperluan orang ramai, terutamanya pelanggan AG, kami jadikan GKA ini seperti Ar Rahn di AGRO Bank sebelum ini, yang kami namakan (GKAS).



Apa dia GKAS?

a) GKAS ialah anda ada emas produk Amsyiq, dan anda ‘sesak’ memerlukan duit. Untuk itu anda buat GKAS dan anda akan dapat wang sebanyak 65% dari nilai semasa (NS) emas anda tersebut.



b)Untuk khidmat ini kami kenakan "Rusum Khidmah"(upah perkhidmatan) sebanyak 0.70 %. perbulan, contoh untuk GKAS yang nilainya 5k seseorang ditolak rusum khidmah” RM 35 sebulan, sama seperti peratus AGRO bank.


c) Jadi sekiranya nak GKAS 3 bulan. tolak awal 35x3=105. Kalau GKAS 6 bulan, tolak awal 35x6=210.


d) Tempoh matang tidak ditetapkan berdasarkan “Rusum Khidmah” yang didahulukan. Katakan seseorang membuat GKAS 3 bulan dan telah menolak “rusum khidmah” 105. Tetapi terlajak sampai keenam bulan tidak “beli semula” emasnya, rusum khidmah akan di back dated iaitu ia dikenakan membayar 35x3 bulan yang belum dibayar.

e)Buat masa ini untuk menggunakan GKAS ini, jumlahnya tidak boleh melebihi 5k nilai emas untuk satu-satu penama sehari. bawa kad pengenalan. Jumlah maksimum ini akan dikaji dari masa kesemasa..

PEMILIK EMAS PRODUK LAIN NAK GUNA GKAS

Boleh menggunakan khidmat GKAS ini dengan syarat tambahan seperti berikut:

1- Peratus rusum khidmah ialah 1.4% perbulan
2- Nilai PL tersebut dinilai dengan nilai PA (produk Amsyiq)
3- Sanggup PL (produk lain) tersebut bertukar kepada PAS (produk Amsyiq senilai) ketika membeli semula nanti, kerana kita tidak guna akad Rahn. Kita tidak simpan barang tersebut.

a) Contoh Ahmad membawa produk bunga 20g dan 10g, katakanlah nilai semasa (NS) mengikut kiraan nilai (PA) ialah 7670RM. 65% daripada jumlah tersebut ialah 4985.5. Ahmad akan menjual PL tersebut dengan akad jual: “saya jual emas 20g dan 10g ini dengan harga 4985.5. Maka Ahmad akan dapat duit 4985.5. AG bersetuju menjual 20g dan 10g tersebut atau yang senilai dengan harga 4985.5.

b) 1.4% daripada NS (nilai semasa) ialah 107.38 Kalau nak di GKAS enam bulan: 107.38X6 =644.28. Ertinya Ahmad boleh membawa pulang duit cash sebanyak 4341.22 Selepas enam bulan Ahmad datang membayar 4985.5 untuk membeli 20g dan10g, Ag menjualkan kepadanya 10g (PA) x 3pcs dengan harga (4985.5).

c) Rusum Khidmah PA: 0.70 perbulan dari nilai semasa produk Amsyiq , sementara rusum khidmah (PL) ialah 1.4% . Ini kerana setelah kami membeli (PL) , lebihan itu untuk menanggung kos lebur atau tukar.

d) Perjanjian tambahan pemilik PL:

“Saya bersetuju emas milik saya dilebur atau ditukar dengan barang Produk Amsyiq yang sama spek dengan emas milik saya ketika menbeli semula nanti”

e) Pastikan call dahulu dan nyatakan hasrat untuk GKAS .



GKA
a) Anda boleh menggandakan emas anda dengan kaedah GKA. Dengan GKA, anda dapat wang sebanyak 65% dari nilai emas, boleh digunakan untuk menambah emas anda.



b) dapat emas, GKA kan lagi dapat wang 65% dari nilai emas tersebut beli lagi emas, jual lagi dengan harga 65%. Duit tersebut beli lagi emas, begitulah seterusnya.


c)Pembelian akan berlaku berlapis-lapis, begitu juga jual juga berlaku berlapis-lapis sehingga semakin mengecil.


d) GKA diwujudkan bukan untuk dapat wang segera, tapi untuk mengajak anda membeli banyak emas untuk kekayaan masa depan